Saturday 25 June 2011

Peranan guru jana transformasi pendidikan

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara."Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," 

4 comments:

  1. Berat beban dan tanggungjawab guru. Diharapkan pihak-pihak lain menyokong usaha murni ini, bukan hanya mengkritik dan mengata sahaja...

    Kerja rumah.

    ReplyDelete
  2. usaha yang kukuh dan padu perlu digembeling sebaik mungkin untuk menjana transformasi....

    ReplyDelete
  3. Peranan guru amat besar.Guru dapat menghasilkan modal insan yang berguna untuk kebaikan dunia dan akhirat.Jika kita gagal mendidik anak bangsa kita ,akan runtuhlah dunia.

    ReplyDelete
  4. Guru umpama batu permata yang sangat tinggi nilainya..Sebagai guru,hargailah ilmu yang ada dengan mengajar anak murid kita dengan penuh ikhlas..

    ReplyDelete