Friday 15 July 2011

Cara-cara membina blog

1. Untuk membina blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google
    terlebih dahulu samada Gmail atau  Orkut.
2. Jika sudah mempunyai akaun Google, terus Sign In pada laman web Blogspot.
    Jika tidak, anda perlu daftar dahulu di Blogspot.
3. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang "Create Your Blog Now" kemudian ikuti    langkah berikut.




a. Buka akaun Google yang telah didaftarkan. Isi maklumat yang diperlukan. Setelah siap,klik butang continue.




b. Namakan blog anda.Nama blog boleh diubah tetapi URL tidak boleh diubah.




c. Seterusnya pilih template yang disukai. 




d. Setelah langkah-langkah di atas selesai, mesej seperti diatas akan dipaparkan. Ini bermakna anda telah berjaya membina blog. Anda boleh mula menulis di ruangan posting > create. 


                              SELAMAT MENCUBA.

ICT Dalam Pendidikan


     Pendidikan yang bermakna ialah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. Tetapi dalam konteks pendidikan di negara kita ianya lebih menjurus kepada kebolehan INTELEK semata-mata walaupun pada asasnya FPN menegaskan tentang konsep perkembangan individu melalui konsep JERI.


    ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio,video dan data serta bertepatan sebagai aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan P&P.


    Dalam pelaksanaan ICT dalam proses P&P, penggunaan sistem teknologi pendidikan melibatkan 5 komponen yang saling berkaitan iaitu
a)Machine
b)Materials
c)Media
d)Main power
e)Method



Monday 11 July 2011

Aktiviti murid di Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong.

                   
  
Murid sekolah  sedang mendapatkan rawatan daripada nurse.




  Murid sedang membuat persembahan sempena dengan Hari Anugerah Cemerlang .



          Murid membuat perbarisan sempena hari sukan sekolah.

Saturday 9 July 2011

Sinopsis Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa.

    Pengajaran bahasa menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian   dengan keperluan pendidikan kini.  Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar.

   Guru perlu didedahkan dengan kursus yang berkaitan dengan multimedia supaya mereka dapat menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer. Kesan pengajaran bahasa menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutama kepada pelajar cerdas.

   Namun begitu terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam penggunaan dalam pengajaran menggunakan komputer iaitu :
    1. Guru kurang bersedia untuk membangunkan pengajaran berbantukan komputer.
    2. Permasalahan dari segi perisian hardware
    3. Sikap guru, pentadbir ,latihan dan masyarakat.

   Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Malaysia dilihat sebagai usaha untuk mengatasi masalah 
penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia seperti kemahiran lisan, membaca dan menulis.